Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M

  • Kemudahan akses internet secara kolektif
  • Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
  • Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
  • Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
  • Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan


Sejarah

Kampung Banggol terletak dalam Mukim Tasek di Daerah Setiu, Terengganu. Kampung ini adalah sebuah kampung tradisional yang wujud sebelum zaman perang dunia kedua lagi. Paras muka buminya yang tinggi dan terselamat daripada banjir setiap tahun menyebabkan nama Kampung Banggol diberi. Terdapat perkampungan kecil dalam kawasan Kampung Banggol iaitu Kampung Bukit Abal, Kampung Bukit Maras dan Kampung Gong Katop.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

e-USAHAWAN BERSAMA MDEC

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2017

PI1M Kg. Banggol telah bekerjasama dengan PI1M Kg. Fikri untuk menjayakan satu program e-usahawan khas untuk masyarakat setempat. Program e-usahawan merupakan salah satu program MDEC yang memberi pendedahan kepada masyarakat untuk mengembangkan perniagaan secara online dengan berkesan. Mengambil peluang ini, kami telah berhubung dengan tenaga pengajar MDEC untuk menjalankan program e-usahawan di Daerah Setiu....baca selanjutnya

PERMAINAN BAHASA-BENTUK KATA

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk menguji penguasaan kosa kata pelajar dalam bahasa melayu... baca selanjutnya

PERTANDINGAN ‘LAST LETTER- FIRST LETTER'

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2017

Program sebegini bukan sahaja mampu mengisi masa lapang pelajar secaara berfaedah malah juga mampu menguji ilmu dan kemahiran mereka dalam penguasaan bahasaa inggeris dan ict. Selain itu program ini juga diharapkan mampu membuka mata ibu bapa penduduk setempat untuk mengalakkan anak-anak mereka mengunjungi dan mempelajari ilmu yang kami berikan di PI1M Kg. Banggol...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti