Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Banggol terletak dalam Mukim Tasek di Daerah Setiu, Terengganu. Kampung ini adalah sebuah kampung tradisional yang wujud sebelum zaman perang dunia kedua lagi. Paras muka buminya yang tinggi dan terselamat daripada banjir setiap tahun menyebabkan nama Kampung Banggol diberi. Terdapat perkampungan kecil dalam kawasan Kampung Banggol iaitu Kampung Bukit Abal, Kampung Bukit Maras dan Kampung Gong Katop.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Sumbangan Kilat Mangsa Banjir

28 Disember 2014 | Aktiviti Terkini

23 Dis 2014, negara telah dikejutkan dengan musibah banjir yang dahsyat yang telah melanda sebahagian besar negeri-negeri di Pantai Timur... baca selanjutnya

Program Gotong Royong Pi1M Kg Banggol

14 November 2014 | Aktiviti Terkini

Program gotong –royong PI1M telah diadakan pada 14 Nov 2014 yang lalu bagi membersihkan dan menceriakan PI1M Kg. Banggol. Aktiviti bermula pada jam 9 pagi dan berakhir kira-kira pukul 11.00 pagi... baca selanjutnya

Program Sempena Awal Muharram - Tayangan dan Kuiz

18 Oktober 2014 | Aktiviti Terkini

Program tayangan dan kuiz Pi1M Kampung Banggol, Setiu sempena Maal Hijrah telah diadakan pada 18 Oktober 2014 sebagai memperingati sejarah dan perjuangan baginda junjungan Nabi Muhammad S.A.W dalam menyebarkan syiar Islam ke Bandar Bercahaya, Kota Madinah... baca selanjutnya

Majlis Hari Terbuka Pi1M Kampung Banggol, Setiu

20 September 2014 | Aktiviti Terkini

PProgram Hari Terbuka Pi1M Kampung Banggol, Setiu yang telah dijadualkan pada 20 September 2014 telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada penduduk kampung dan pelajar sekolah... baca selanjutnya

Program Sempena Bulan Kemerdekaan - Tayangan dan Kuiz

23 Ogos 2014 | Aktiviti Terkini

Program Tayangan dan Kuiz Kemerdekaan ini dipilih sebagai Aktiviti Bulanan di Pi1M kami kerana ia dapat menyemarakkan semangat patriotisme dan memupuk semangat cintakan tanah air dalam kalangan peserta.... baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti