INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Bilangan penduduk di kampung Padang Kubu ini adalah berjumlah seramai 1068 orang. Bilangan keluarga pula adalah seramai 295 buah keluarga. Bilangan lelaki seramai 657 orang manakala bilangan wanita adalah 411 orang. Pekerjaan penduduk disini adalah majority bekerja di kilang kelapa sawit TDM dan buroh ladang kelapa sawit TDM.

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Antara tempat-tempat menarik yang terdapat berdekatan PI1M Kg. Banggol ialah Pantai Penarek yang merupakan destinasi riadah penduduk daerah Setiu setiap hujung minggu mahupun setiap petang. Keadaan pantai yang bersih dan menenangkan ditambah lagi kedudukan yang berhampiran jalan alternatif K.Terengganu-K.Bharu, serta pelbagai restoren makanan laut di sekitar kawasan pantai. Pelbagai kemudahan disediakan termasuklah tandas awam serta taman permainan kanak-kanak. Jarak dari PI1M Kg. Banggol ke Pantai Penarek adalah 9.7 km dan mengambil masa 10 minit sahaja untuk sampai kesana.

Selain pantai, pada mereka yang gemarkan ketenangan dan kedamaian alam boleh juga mengunjungi Lata Chakah yang terletak di Kg. Hulu Seladang. Kawasan air terjun yang indah dan menarik ini belum diusik oleh kemajuan. Ia dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas. Lokasinya yang mudah dilalui dengan prasarana yang baik dengan jalan bertar hingga ke tebing. Jika anda dari Bandar Permaisuri, selepas jambatan belok kiri, dan jaraknya kira-kira 13 km dari simpang di Bandar Permaisuri.

Tempat Makan Yang Menarik

Terdapat banyak tempat makan menarik di sekitar sini, antara yang menarik dan sentiasa mendapat perhatian ialah Restoren D’Perahu yang terletak di Kg. Air Sejuk kira-kira 7km dari PI1M kg. Banggol dan mengambil mase lebih kurang 8 minit sahaja. Terdapat pelbagai menu menarik disediakan dan anda juga boleh memilih untuk makan di atas kerusi seperti biasa atau menggunakan meja jepun.

Selain itu, sebagai sebuah negeri yang terkenal dengan sumber makanan laut, restoren makanan laut adalah restoren yang sentiasa mendapat perhatian orang luar mahupun penduduk daerah setiu sendiri. Antaranya kedai makan Hasnik dan kedai makan Trizai yang terletak di tepi jalan berhampiran pantai Penarek lebih kurang 10 km dari sini yang menyediakan pelbagai makanan laut celup tepung dan sata.

Homestay

Berikut antara tempat penginapan yang berhampiran dengan PI1M Kg. Banggol:

1) Homestay Permaisuri- terletak kira-kira 1km dari PI1M Kg. Banggol. Mempunyai 3 bilik dan beraircond. Rm200 semalam. Untuk tempahan: 014-8476799
2) Rumah Tumpangan Wasin- terletak kira-kira 6km dari PI1M Kg.Banggol. Untuk tempahan: 013-9572385
3) Feeza Hotel- terletak kira-kira 7km dr PI1M Kg. Banggol. Untuk tempahan: 013-9679321
4) Terrapuri Heritage Village- Terletak di Kg. Mangkuk, Setiu, Terengganu kira-kira 19 minit iaitu 14km dari PI1M Kg. Banggol.
Untuk maklumat lanjut: Tel : +(609)6245020 / +(609)6312081. Email: info@terrapuri.com Website : www.terrapuri.com

Kemudahan Awam

Lokasi-Lokasi

Balai Bomba & Penyelamat Jerteh
Balai Raya
Hospital Besut
Klinik Kesihatan
Masjid Haji Hussein
Perpustakaan Awam Daereh Besut
Pondok Polis Beris Pak Abu
Pendidikan

Lokasi-Lokasi

Maktab Perguruan Sultan Mizan
Unisza Tembila, Besut
Pusat Pemulihan Komuniti(PDK) Kampung Baharu
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bukit Puteri
Kisah Kejayaan
Nama : Zunnurul Uzma Haizam
Alamat : MDS, 85, Kampung Tasek, 22100 Setiu, Terengganu

Latar Belakang :
Zunnurul Uzma Haizam berumur 12 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Banggol, Setiu Terengganu. Beliau mempunyai 3 orang adik-beradik dan saya merupakan anak yang pertama. Ayah Uzma bekerja sebagai pengawal keselamatan di SK Bintang, Setiu dan ibu pula bekerja sebagai pembantu klinik swasta di Bandar Permaisuri. Pendapatan keluarga yang sederhana menjadi salah satu sebab tiadanya kemudahan internet dan komputer di rumahnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
- Tidak tahu apa itu komputer
- Tidak tahu tentang penggunaan keyboard
- Kurang mahir menggunakan Microsoft Office

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
- Sudah tahu tentang komputer serta jenis-jenis komputer yang ada
- Lebih faham tentang fungsi keyboard serta kegunaan setiap butang keyboard
- Semakin mahir menggunakan Microsoft Office




Nama : Siti Noor Ain binti Abd Rahman
Alamat : No 393 Kampung Banggol, 22100, Setiu, Terengganu
No. Telefon : 0139790701
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2014
Facebook & Instagram : Sitinoorain Abdrahman

Latarbelakang :
Merupakan anak bongsu daripada 8 adik beradik. Mula berjinak-jinak dengan perniagaan pada tahun 2016 secara ‘offline’ sahaja dan memulakan aktiviti perniagaan secara serius pada tahun 2017 secara ‘online’ pula.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Aktiviti perniagaan yang agak terhad dan tidak meluas kerana kekurangan pengetahuan dalam bidang berkaitan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Selepas menggunakan perkhidmatan di PI1M serta program-program yang dijalankan di PI1M, pengetahuan untuk memajukan lagi perniagaan dapat ditingkatkan.

Keusahawanan

1) Nama Usahawan: Azlina binti Ibrahim
2) Umur: 33 tahun
3) Pekerjaan: Kerani
4) Jenis Perniagaan: perniagaan atas talian dan MLM
5) Jenis produk: produk kesihatan dan kecantikan STGMA
6) Tarikh mula berniaga: bermula 2014 tetapi bergiat secara aktif pada tahun 2015
7) Ahli berdaftar: 15 orang
8) Keuntungan bergantung penuh kepada promosi produk secara online
9) Email: ina_damira@yahoo.com
10) Foto produk:



1) Nama Usahawan: Nurul Akmawati binti Zahari
2) Umur: 31 Tahun
3) Pekerjaan: Surirumah dan usahawan
4) Jenis perniagaan: Menjual dan Menerima Tempahan Kek
5) Sijil: Sijil Kemahiran Penyediaan pastry Tahap 2
6) Nama Perniagaan: Nurul Akmawati Zahari Tempahan Kek dan Kuih Setiu
7) Jenis Produk yang dihasilkan: Kek, Kuih, Roti
8) Tarikh Mula Berniaga: Disember 2012
9) Facebook: nurul akmawati facebook page: tempahan kek kuih setiu
10) Blog: http://mummyncakes.blogspot.com
11) Instagram: tempahan kek kuih setiu
12) Alamat Kedai: No 5, Gerai Fama, Simpang 3 Ulu seladang, 22100 Bandar Permaisuri, Setiu Terengganu
13) Foto Produk:






1) Nama Usahawan: Muhammad Firdaus bin Razami
2) Umur: 20 Tahun
3) Jenis perniagaan: Menjual Ternakan Lembu
4) Tarikh Mula Berniaga: 2010
5) Facebook: Toke Mohd Firdaus
6) Alamat Tempat perniagaan: Kg. Banggol, Bandar Permaisuri 22100 Setiu Terengganu
7) Foto Produk:



1) Nama Usahawan: Siti Zainun binti Sidek
2) Umur: 52 tahun
3) Jenis perniagaan: Menjual Barangan Hardware
4) Tarikh Mula Berniaga: 2011
5) Alamat Kedai: kg. Permaisuri, 22100 Setiu, Terengganu
6) Foto Produk:



1) Nama Usahawan: Kamarudin Musa
2) Umur: 60 Tahun
3) Jenis perniagaan: Peniaga kedai Runcit
4) Nama Perniagaan: Kamarudin kedai Runcit
5) Jenis Produk yang Dijual: Barangan Runcit
6) Tarikh Mula Berniaga: 1995
7) Alamat Kedai: Kg. Permaisuri, 22100 Bandar Permaisuri, Setiu Terengganu
8) Foto Produk:



1) Nama Usahawan: Nurul Akmawati binti Zahari
2) Umur: 31 Tahun
3) Pekerjaan: Surirumah dan usahawan
4) Jenis perniagaan: Menjual dan Menerima Tempahan Kek
5) Sijil: Sijil Kemahiran Penyediaan pastry Tahap 2
6) Nama Perniagaan: Nurul Akmawati Zahari Tempahan Kek dan Kuih Setiu
7) Jenis Produk yang dihasilkan: Kek, Kuih, Roti
8) Tarikh Mula Berniaga: Disember 2012
9) Facebook: nurul akmawati facebook page: tempahan kek kuih setiu
10) Blog: http://mummyncakes.blogspot.com
11) Instagram: tempahan kek kuih setiu
12) Alamat Kedai: No 5, Gerai Fama, Simpang 3 Ulu seladang, 22100 Bandar Permaisuri, Setiu Terengganu
13) Foto Produk: